Thursday, 14 November 2013

Salam Maal Hijrah "HIV Hidup Itu Valueble"

Astaghfirullah,
Memang tidak mudah meninggalkan segala bentuk dosa dan maksiat yang sudah melekat erat bahkan sudah menjadi jati diri kita  yang barangkali  sudah jadi HABITS dalam diri ini,

Namun jika ada kesungguhan dan niat yang kuat untuk berhijrah menuju HABITS yang lebih baik, akan selalu ada jalan dan bimbingan dari Allah SWT,

Tapi kita juga harus selalu ingat bahwa selalu ada IBLIS yang TIDAK AKAN PERNAH RELA kita menjadi manusia yang lebih baik dari hari kehari,

Iblis akan selalu mencuri waktu, lalu mengendalikan waktu kita agar BERLALU SIA -SIA atau bahkan kita menghabiskan banyak waktu dengan MEMBAWA JEJAK-JEJAK DOSA.

Sebenarnya setiap kita akan melakukan dosa atau maksiat itu 'SIAL DOSA' dalam diri kita itu akan bergetar namun seringkali getaran itu kita abaikan, sehingga sial dosa dalam diri kita makin melemah akhirnya kita tak mampu lagi merasakan getaran sial dosa itu.

Bulan Muharram adalah MOMENTUM terbaik untuk meninggal segala hal yang sia-sia yang membuat kita TERJERUMUS ke Lembah Dosa.

Setiap kita memang tak ada yang sempurna, yang tak pernah terjerumus dalam dosa, namun Allah selalu ingin melihat KESUNGGUHAN KITA MEMPROSES DIRI menuju KETAATAN kepadaNYA, itulah membuat KEMURAHAN dan AMPUNANNYA selalu boleh kita dapatkan.
WA.

Subhanallah.

Salam PerJuangan

Wednesday, 4 September 2013

Ulser mulut: Beberapa penawar yang boleh dicuba



Ulser Mulut
Sekadar Gambar Hiasan

Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.
Apakah yang menyebabkan ulser mulut?
Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :
Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna Stress
* Perubahan hormon
* Jangkitan (infeksi)
* Kekurangan zat makanan
* Alahan
* Radioterapi
* Kimoterapi
TANDA ULSER MULUT
Tanda-tanda ulser mulut termasuk :
* Rasa membakar dalam mulut
* Kesakitan
* Tidak selesa
* Hilang selera makan
* Demam
Berapa lama ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.
Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :
* Gunakan bahan kumuran antiseptik
* Sapu gel atau krim penahan sakit
* Kekalkan kebersihan mulut yang baik
* Makan makanan lembut
* Elakkan makan makanan panas dan pedas
* Banyakkan minum air

Ulser kalau kena kat sekitar mulut memang sakit, tambah-tambah lagi kalau dah sampai ke tekak. Saya sejak kecik lagi kerap sangat diserang ulser mulut ni. Keci - kecik dulu seigat saya, ayah be;ikan ubat dari kedai sengsei Cina. Ubatnya macam arang tapi dalam bentuk bar. Luarnya warna emas tapi bila dipatahkan nampakla macam arang kat dalam tu. Agak saya aranglah tapi tak rapuh. Cara gunamya, kena bakar sedikit bar tu dan abunya disapu kat ulser.
 Bila dah besar sedikit macam umur - umur sekolah rendah tu, tiap kali kena ulser ayah bawak je ke klinnik gomen. dapatlah ubat titik yang rasanya manis-manis tapi bila kena kat ulser rasa kebas habis sampai ke lidah lidah. Saya masih diserang ulser sampailah sekarang, hehehehe. Antara petuanya bila kena ulser mulutni banyakkan minum air kosong dan kerapkan mandi. Sebab badan kita panas. Tapi kadang-kadang ulser ni boleh juga terjadi sebab tergigit bibir, tegigit lidah. Pendek kata kena infection bila ada luka. Ada beberapa penawar/ ubat yang pernah saya cuba.

1. Bioglo Pure Aloe Gel

Oral aid ni boleh didapati di klinik-klinik berdekatan.


Gel daripadapa daun lidah buaya ini adalah organik, jadi bolehlah digunakan didalam mulut. Rasanya tidak memedihkan, tak pahit, cuma sedikit payau. Saya rasa gel ini sangat sesuia kalau nak ubat ulser baby atau kanak-kanak kecil sebabnya ubat-ubat yang lain biasanya pahit dan memedihkan. Gel ini boleh didapati di kedai Cosway harga lebih kurang belasan ringgit. Boleh juga digunakan untuk kesihatan kulit macam ruam, luka dan lain- masalah kulit. (Order ngan saya tau, hehehehe).


2. Bonjela

Bonjela agak popular dikalangna pengguna. Rasanya agak tak sedap, sedikit pahit dan sedikit pedih bila disapu ke ulser, dan juga rasa berangin. Kadang - kadang mabil masa yang agak lama baru nak sembuh. Bonjela ini juga boleh digunakan untuk meredakan sakit gigi, nak redakan sakit bayi nak tumbuh igi. Boleh didapai di farmasi 

3. Sanjin Compound Watermelon Frost


Ini adalah ubat kegemaran saya masa sekolah menengah. Saya tahu tentang kewujudan ubat ini, apabila kawan sekolah bangsa cina yang bagitau selepas sayamerungut pedih ulser dimulut saya.Masa tu saya kena ulser yang teruk didalam mulut ada 2-3 sampai tahap tak boleh makan.Sakit dan pedih sangat. Jadi saya pun usahalah cari ubat ini di Farmasi terkemuka macam Watson dan Guardian. Ubat ini adalah sejeni herba perubatan cina yang diperbuat dari biji tembikai dan didatangkan dalam bentuk serbuk. Dulu masa zaman sekolah saya  beli yang serbuk dengan harga 50sen sahaja, sekarang dah jadi Rm2.50 dan yang gambar ditas pulak lebih kurang Rm5.80. Alhamdulillah dengan izin Allah user saya cepat baik dengan ubat ini. Biasanya 1-2 kali dah mula rasa kurang sakit dan sembuh . Rasanya lebih kurang bonjela sedikit pahit.dan pedih bila kena kat luka. Boleh juga digunakan untuk merawat sakit teka dan bengkak gusi, sakit gigi, kulit luka dan tebakar.

4. Oral Aid


5. Garam

Ini cara tradisional. Tapi nak buatnya kena ada keberanian dan kekuatan untuk menahan sakit yang teramat. Letak garam halus pada ulser dalam mulut dan tahan lah sakit sehingga air mata meleleh. huhuhuhu.. boleh dicuba tapi tak dapat dipastikan tempoh masa untuk pulish sebab saya sendiri buat sekali je.
Apa yang penting, banyakkan minum air dan kalau boleh kerapkan mandi.

Kawan saya kata:

Baru-baru nni kawan saya kena ulser tonsil. Banyak kali dah kena, makan antibiotik, hilang, lepas tu tak lama naik balik tempat yang sama Setiap kali kena, Doc mesti bagi dia vitamin C dan Zink sebagai supplement. Selain itu, ubat kumurla macam biasa. Jadi lepas dah 3 kali dapat antibiotik dan masih juga ulser tu dok muncul kat tempat yang sama, dia rasa nak cuba ubati sendiri. Dah tak nak ambil antibiotik. Kenapa dia boleh tahan, sebab bila ulser naik di tonsil dia tak efek apa-apa masa kita menelan makanan, tak rasa sakit macam ulser di dalam mulut. Saya pun menyarankan pergi farmasi, beli Vitamic C yang 1000mg + zink. Ada banyak jenama yang sediakan supplement macam ni, yang famousnya Redoxon. Tapi saya suruh beli brand lain yang lebih murah. Kemudian saya suruh dia mandi lebih kerap, lebih daripada 3x sehari. Selepas 2 hari, kawan saya rasa telinga dia jadi bengang dan bengap, mesti ulser tu dah makin teruk, detik saya dalam hati. Dia suluh-suluh kat cermin, memang pun dah ada 2 lagi.

Cerita Kawan saya

Maka saya pun mengalah dan pergi ke klinik memandangkan dah nak masuk bulan puasa. kalau bulan puasakan kita lebih dehidrated. Bila jumpe doc, doc tengok dalam mulut dia kata tak ada ulser pun. saya kata ada, siap bagitau kat mana dan berapa. Nganga punyalah luas. Doc pun buat muka heran, mesti dia ingat saya buat - buat cerita atau budak ni dah tak betul.. Saya balik dengan ubut kumur dan oral aid saja. Saya pelik, takkan doc tak boleh nampak ulser punyalah besar. dan oral aid saja. Balik rumah, saya pun suluh kat cermin. Ha'a la.. dah tak da. Wah, dengan izin Allah berkesan jugak supplement Vitamin C, minum air dan mandi kerap tu ye. Doktor pun ada cakap, ulser ni boleh juga jadi jika badan kita kekurangan vitamin C. Doktor memang sarankan saya ambi 100mg sehari, tapi dia suruh saya beli sendiri
Vitamin c kat Klinik Kesihatan cuma 100mg saja. Kalau saya nak juga kena makan 10biji sehari. huhuhuhu. Saya akan habiskan Vitamin yang ada ni dulu sebab saya beli 30biji saja yang jenis dissolve dalam air tu. Dah abis nanti mungkin saya akan beli yang pil dan jenis telan saja sebab yang jenis kena cairkan dalam air tu mahal sikit. Maklumla penyerapannya lebih mudah. Nasib baik saya ahli Cosway.. hehehehehe

Jumpe lagi..


Kita Dan Tin Biskut


Kita Dan Tin Biskut 
Bismillah Perkongsian kali ini dapat memberi ketenangan. 

"AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI!!!"

Apabila hal-hal dalam hidup anda bagaikan terlalu banyak, kerja, anak & bini, kawan-kawan, business, orang tua kita, dan anda rasa 24 jam sehari memang tak cukup, ingatlah tin biskut kering Hup Seng dan dua cawan kopi.

Seorang professor dalam kelas sosiology telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas.

Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, professor terus mengeluarkan satu tin biskut Hup Seng yang besar dan kosong, dan terus mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga penuh.

Kemudian, professor menanyakan pada anak muridnya, “Adakah tin biskut ini sudah penuh?” Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Professor kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara bola-bola golf.

Kemudian, professor bertanyakan lagi pada anak muridnya jikalau tin biskut tersebut sudah penuh ke belum? Anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Selepas itu, tanpa ditunggu-tunggu, professor mengambil pula sekotak pasir dan menuangkan pasir tersebut ke dalam tin biskut. Sudah semestinya, pasir yang halus itu mengisi setiap pelusuk dan ruang di dalam tin biskut Hup Seng itu.

Kemudian professor bertanya lagi kepada anak murid, “Adakah tin biskut ini sudah penuh ?” Anak-anak murid semua mengatakan “Ya!” dengan penuh keyakinan!

Tiba-tiba, professor mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja, dan menuangkan semua kopi itu ke dalam tin biskut yang sudah penuh itu. Anak-anak muridnya tersenyum melihat aksi terakhir itu.

“Sekarang..” kata professor, dan anak-anak murid kembali fokus pada professor, “Saya mahu kamu semua faham, yang tin biskut ini adalah seperti hidup anda. Bola-bola golf melambangkan perkara-perkara paling penting seperti Tuhan, Agama, Keluarga, Anak-Anak, Kesihatan, Kawan-kawan dan minat anda. Ini adalah perkara-perkara yang jika anda kehilangan benda-benda lain, semua itu sahaja yang akan tinggal, dan hidup anda akan tetap penuh berisi. Kacang-kacang merupakan hal-hal seperti kerja, kereta, rumah. Dan pasir yang kecil dan halus melambangkan perkara-perkara yang lain dalam hidup, “Perkara-perkara kecil” kata professor.

“Kalau anda masukkan pasir dahulu ke dalam tin biskut” professor menyambung, “Pasti tidak akan ada ruang untuk kacang-kacang ataupun bola-bola golf untuk masuk ke dalam tin. Sama seperti hidup ini, kalau anda luangkan semua masa dan tenaga anda pada perkara-perkara kecil sahaja, anda tidak akan ada masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk anda…” beritahu professor.

“Jadi…tumpukan perhatian anda kepada perkara-perkara yang membahagiakan dan menggembirakan hidup anda. Sembahyanglah berjemaah. Kukuhkan ikatan silaturrahim. Bermainlah bersama anak-anak. Bawa pasangan tercinta anda keluar berjalan-jalan. Luangkan masa bersama kawan-kawan. Pasti akan ada masa untuk anda bersihkan rumah, lipat baju, repair lampu rumah. Jagalah bola-bola golf dulu, perkara yang lebih bermakna dalam hidup anda. Ketahui perkara mana yang lebih penting dan patut diutamakan. Yang lain tu semua pasir sahaja.”

Seorang anak muridnya kemudian mengangkat tangan dan bertanya, “Apa maskud kopi tu pula?”

Professor menjawab dengan penuh senyuman, “Bagus awak tanya. Ia Cuma nak menyatakan, tidak kira berapa sibuk pun hidup anda dalam seharian, pasti akan ada ruang untuk minum kopi bersama kawan-kawan.”


"Cicah Biskut Lemak ngan Kopi O pun sedap"...

Monday, 13 May 2013

Fitnah Seorang Perjuang




Musibah Fitnah..kuatkan kita??

Assalamualaikum...
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Nya, DIA akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui setiap sesuatu." - Surah at-Taghabun

 Jadi, daripada ayat Al-Quran diatas jelas menunjukkan bahawa apa saja yang berlaku ke atas kita segala musibah itu sebenarnya..Allah mahu menguji kita, Dia mahu kita pergi dekat denganNya, mengadu kepadaNya dan bermunajat kepadaNya..

Apabila fitnah melanda diri itu juga satu dugaan bagi manusia..dosa fitnah itu sangatlah besar..dosa memburukkan orang lain dihadapan orang seumpama memakan daging saudara anda sendiri...maka bertaubatlah segera sebelum ajal menjemput kita..

Andai diri ini melakukan salah atau melakukan masalah kepada anda..apa salahnya anda bertanya sendiri kepada tuan badan..adakah benar perkara itu..? kerana sekiranya perkara yang anda percaya itu ternyata salah maka anda telah melakukan dosa..lagi berdosa sekiranya anda menyebarkan fitnah itu dan kemudian dengan bangganya memperkatakannya bersama rakan - rakan anda yang lain...

Maaf sekiranya bahasa yang digunakan kasar atau menyebabkan anda terasa..tapi diri yang difitnah tanpa usul periksa ini lebih terasa dan merasa..andai benar seseorang itu melakukan perkara yg dilarang Allah..kemudian orang lain menyebarkannya, itu bukanlah satu fitnah tetapi perkara benar yang sepatutnya orang lain tahu. Tidak salah jika kita memberitahu hal yang sebenar kepada orang lain.

Mudah saja, tanyalah sendiri pada tuannya..andai orang itu sememangnya munafik(pembohong) biarlah Allah yang membalasnya..anda silap sekiranya hanya mendengar dari sebelah pihak..bagaimana dengan pihak saya?

Apa yang kutulis tiada kaitan lansung dengan pihak anda mahupun dengan yang masih hidup atau yang sudah tiada..ini semata - mata  untuk perkongsian bersama..terima kasih kerana menfitnah saya kerana dengan dugaan fitnah ini saya jadi lebih dekat dengan Allah..saya jadi lebih bahagia mencintai Allah..Alhamdulillah..

Jika anda dipihak yang benar..cuba pandang diri sendiri dahulu..sempurnakah anda di depan Allah? layakkah anda untuk mengadili orang lain tanpa usul periksa? sudah cukup baguskah diri anda?  adakah anda di pihak yang benar?

JIKA TIDAK...

Bertaubatlah sebelum terlambat..jangan sampai mati dalam keadaan yang jahil dan tidak diredhai Allah..dia bijak untuk memanupulasikan keadaan tetapi tidak cukup bijak untuk melawan kuasa Allah..

"Sesungguhnya taubat itu diterima Allah hanya orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. - Surah an-Nisaa':17

Saya memaafkan anda tapi..jauh disudut hati ini sangat kecewa kerana anda memfitnah orang yang salah..anda tidak memandang saya dengan mata hati tetapi hanya nafsu dendam, dengki dan marah semata- mata..Allah lebih tahu siapa saya.."Tiada Tuhan yg berhak disembah melainkan Allah, dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu utusan Allah.."

Wallahualam..

Thursday, 25 April 2013

Masih Memburu Sesuatu Yang Tak Pasti...... Aku HIV Positif



Memang ramai yang inginkan kebahagiaan.. Aku juga inginkan kebahagiaan. Di dalam mencari bahagia.. Masih lagi berada peringkat yang sama.. Terasa ingin melakukan perubahan diri pada tahap yang lebih baik, namun setelah hari demi hari berlalu.. Aku masih orang yang sama, masih memburu sesuatu yang tak pasti, terbeban dengan hari hari yang bakal ditempuhi.

Cinta sebenarnya begitu suci, cuma Aku yang salah mentafsir.. Aku salah menilai kesucian cinta itu mengikut apa yang telah terjadi pada aku. Kita telah menekankan kata cinta itu pabila kita telah gagal di dalam penghayatan sendiri..
Apabila merasakan jiwa kosong dan terasa amat sunyi maka kehidupan umpama lorong duka lara, simpang siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan sedangkan deru anginnya adalah nyanyian kedukaan.. Memberi kesan yang mendalam pada satu hakikat cinta.. Pada satu keyakinan di dalam jiwa, sedang hati itu kian menjauh..

Keberanian untuk menempuh pahit dan getirnya kehidupan serta ketinggian untuk memetik buah kebahagiaan dalam rimbunan pepohon keimanan.. Merasa betapa manisnya terasa bila jiwa itu ada rasa ketenangan..

Tidak ada lagi keindahan pada mahligai tersergam juga kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia.. Hanya membiarkan diri itu menjadi tanda tanya.. Siapa yang merasakan kesengsaraan yang ditanggung.. Siapa yang mengerti akan perasaan yang di lalui..Islam tidak pernah menggambarkan cinta itu hina dan keji sehinggalah cinta itu dikuasai nafsu dan diukur dengan nilai-nilai cetek dan sementara tanpa dihubungkan dengan nilai Iman dan kehidupan Akhirat yang kekal abadi..Jiwa adalah sarang kebahagiaan, taman ketenangan dengan seribu janji senyuman.. Memberi satu laluan yang tiada penatnya bagai sungai jernih yang mengalir laju ke laut.. Bagai deruan ombak yang tak henti henti membadai pantai..

Kemanakah hilangnya nikmat satu kehidupan yang menjanjikan bahagia?Dari manakah datangnya kepuasan jika diri hanya memeluk tubuh menanti tibanya cinta?

Aku tetap manusia, memerlukan hidayah untuk diisikan pada jiwa agar diri mengenal erti takut dan tunduk.. Kerana takut itulah yang akan mengajarnya erti keberanian dan tunduk itulah yang akan mengajarnya erti ketinggian.. Mengerti akan sakit dan bahana jika tergelincir jatuh..Bukankah cinta itu suci, sesuci embun pagi? Bukankah cinta itu mulia dan tinggi? Bukankah cinta itu datang dari kebersihan hati lalu melahirkan kemuliaan budi, kasih dan kepekaan jiwa?Beruntunglah pada hati hati yang memiliki ketenangan jiwa yang di cari.. Mendayu rasa sebak di dada bila masih ada lagi kerunsingan dan ketakutan yang amat sangat tentang rasa jiwa yang hilang.. Semakin hilang di rasai.. Semakin sakit tersiksa..

AIDS = Ada Indah Dan Sengsara.......

Dedekasi Buat Kekanda dan Adinda Yang Masih dalam Kepayahan Mencari Cinta...

Sunday, 21 April 2013

Kalau ALLAH baik kenapa buat Neraka

                                               
           CANTIKkan Merak Jantan ini. Antara Merak Jantan dan Betina. Cantik Lagi  Merak Jantan



Kalau ALLAH baik kenapa buat Neraka
                                                                                    
Ini kisah benar..kisah seorang Mamat Chumel Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah tempat yang melaksanakan Program Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction), kerap kali Aku menjalankan program program kesedaran HIV dan isu yang berkaitan, untuk memastikan mereka faham tentang isu HIV.

Lazimnya dalam setiap program program kesedaran sebegini, seorang aku ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara  berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika program program kesedaran yang dijalankan sekitar 2009, seorang Mamat Chumel yang berpeleseran di salah satu kawasan riadah  telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat(sebenarnya lebih pada tu). Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Aku ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudara insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan Jabatan Penguatkuasaan, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..." Cam ustaz lak aku.. hehehehehe…

Mamat  Chumel tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi sememang dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat omelan aku tu..dah la hati panas kena denda sebab dia berkelakuan tidak senonoh..Opppsss terlepas lak.. 

Aku tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis Mamat  Chumel tu membebel,Alhamdulillah Allah bagi aku idea untuk menjawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi Camni. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur lelaki chumel, 
kalau ada yang berminat nak liwat awak bayar jer pada saya.. . Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Mamat Chumel tu terkejut. Tergamak Aku cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Aku pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol leh liwat lagi kalau dia nak pastu dapat HIV..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya aku.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si Mamat Chumel tu.
Aku tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Mamat Chumel tu terdiam. 

Aku mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi pandangan ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. 

P/S: "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"





Tuesday, 9 April 2013

Kerana HIV..... Dimana Nilai Kasih Sayangmu?







Apakah diriku setelah aku tidak mempunyai nilai lagi untukmu?  Nilai kasih sayang, nilai menghormati..sudah kamu tidak mementingkan lagi..kamu hanya mementingkan dirimu..bukan untuk orang lain..walaupun dasar dari mulut kamu hanya cakap tidak apa-apa tentang diriku..Aku mengerti hati kamu,aku memahami diri kamu..kamu tidak merasa perit hidupku,kamu tidak pernah rasa apa yang ku rasa...
Setelah ku berubah,kamu juga berubah..aku berubah untuk diriku dan orang sekeliling..tapi kamu berubah untuk apa?berubah untuk diri sendiri?kelakar juga kadang-kandang aku memikirkan kembali tentang dulu...ibarat mencurah kasih sayang kepada batu yang tidak ada perasaan rasa...hipokrit dirimu yang menyerlah tetapi kamu tidak merasa itu..kah..kah...kelakar betul hidup nii....memang aku bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang untuk melihat sebaik-baik kejadian di dunia ini...indah betul di dunia buruk ini....

Aku merasa diriku sia-sia..Sia-sia menyayangi seseorang yang tidak pernah sayang aku...hahaha...betul juga Cikgu aku pernah cakap,"JANGAN KAMU TERLALU SAYANG SESEORANG KERANA IA AKAN MEMBINASAKAN DIRIMU" akhirnya aku faham dengan kata-kata itu...Hendak aku maafkan??yea,aku maafkan....tetapi hati aku tetap akan simpan rasa itu...Aku pernah cakap,jangan buat diriku sakit hati dan benci..kerana aku akan membawanya bersama ke mati.....
Walaupun nabi pesan,maaf itu adalah penawar hati..tetapi hatiku sukar untuk diindahkan setelah dikotor dengan kata-kata macam tu...diriku tidak ada nilai padamu,jangan kamu rasa dirimu berada tahap yang mulia...kerana ada lagi yang lebih mulia dari kamu...jangan kamu anggap solat cukup,tidak melakukan maksiat itu cukup untuk dirimu..jangan kamu terlalu puas hati dengan dirimu... Jangan terlalu yakin bahawa kita lebih baik daripada mereka, barangkali, dosa kecil yang kita lakukan terlalu banyak, tanpa kita sedari, ibarat titik-titik hitam yang akhirnya, lama-kelamaan berjaya menghitamkan diri kita...

Buat teman pengadu SABAR dan REDHAlah... Banyak INDAHnya... Berdoalah

Doa penenang hati


Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dengan kegembiraan
dan di tempat ketakutan dengan keamanan

Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dengan air keimanan..

Ya Allah..buatlah mata yg tidak mahu lelap
merasa mengantuk yg memberi ketenangan,
dan letakkanlah di jiwa yang goncang ini kedamaian,
dan berilah balasan baginya
dengan kejayan yang sudah hampir

Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kepada Nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kepada jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah orang2 yang menyimpang dari jalan MU
kepada hidayah MU

Ya Allah… lenyapkanlah was-was dengan fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dengan falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dengan tentera bantuan-MU
dalam keadaan terhina…

Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku…

Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kepada-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kepada -MU,
Daku tidak meminta tolong melainkan kepada-Mu

Engkaulah pemelihara ku….
sebaik2 pelindung dan penolong…
Amin Ya Allah........



Wednesday, 20 March 2013

MENCARI JALAN KEMBALI



MENCARI JALAN KEMBALI – MASIH ADA YANG SAYANG
Jauh sudah perjalananku
Menurut langkah kaki, mengikut kata hati
Jalan yang hidup dirasakan murni
Membawa diri kealam mimpi
Masih adakah sinar menanti dihujung jalan ini
Atau perlu aku cari jalan kembali?

Dimana jalan pulang yang dicari
Jalan kanan atau kiri
Atau jalan lurus tak bengkok lagi?

Aku memandang sekeliling
Merenung kelangit sepi
Mengapa bumi tempat berdiri terasa asing
Sedangkan disini ibu pertiwi

Hidup ini memang celaru
Jika tiada iman dikalbu
Menyuluh jalan gelapku berliku

Jalan kembali perlu dicari
Walau menempuh onak dan duri
Tersesat beerti tewas abadi
Menyalahkan takdir menunggu mati.

Biar langkah bertatih, bukan meratap sedih,
Semadikan detik hitam kelmarin dalam sejarah
Semoga esok terbit pelangi nan indah
Setinggi gunung seluas lautan
Aku pasrah penuh harapan
Untuk kembali kepangkal jalan
Kerana disana
MASIH ADA YANG SAYANG

Luka Rafieqa

Friday, 15 March 2013

Kisah "AKU"



Tahun 2004 adalah tahun yang betul betul dirasakan menjadi batu loncatan, tahun yang menjana perubahan sebagai sukarelawan bersama Yayasan Salam. Diatas tiket Yayasan Salam menjadikan aku seorang sukarelawan yang serba boleh, memberi perkhidmatan kepada kelompok yang terpinggir atau terpencil iaitu kepada mereka yang masyarakat tidak boleh pandang sebelah mata seperti kelompok pengguna dadah yang terdiri daripada mak nyah, pekerja seks @ pelacur , mereka yang HIV+ .

Memberi perkhidmatan kepada mereka di Pusat Komuniti IKHLAS Chow Kit. Apabila masyarakat mendengar aku berkerja di Chow Kit sahaja telah menimbulkan stigma kepada kawasan tersebut belum lagi menerangkan yang aku berkerja dengan kelompok – kelompok tersebut. Banyak pahit dan manis serta yang telah dilalui sewaktu berkhidmat disitu. Disitu aku menjadi kawan, menjadi bahu tempat menangis, menjadi rakan tempat berkongsi masaalah. Aku masih ingat lagi satu pagi seorang mak nyah yang juga terlibat dengan dadah dimana dia ini juga pembawa virus HIV+ datang kepada aku menangis lalu memeluk aku sambil meluahkan nasib yang dia lalui. Bayangkanlah dia dengan berbau hamis dan tidak menyenangkan dengan keadaan yang tidak terurus memeluk aku sambil menangis apatah lagi dengan hingus yang meleleh dibaju aku, dengan pasrah aku membalas pelukkan dia bagi menenangkan keadaan dia sambil menjadi pendengar yang setia kepada masalahnya.

Aku pernah dituduh juga mengguna dadah disebabkan bentuk fizikal yang kurus tetapi aku tidak kisah itu semua yang penting aku hendak berkhidmat dengan masyarakat ini. Biarpun aku harus membersihkan punggung mereka yang penuh dengan najis, mencuci luka atau kudis yang ada ulat-ulat kecil atau dengan bau kudis yang meloyakan. Aku juga pernah digertak dan dikejar dengan gunting oleh salah seorang yang datang kesitu kerana mungkin dia dibawah pengaruh dadah. Ada ketikanya seronok juga mendengar pengalaman mereka di penjara, di pusat serenti juga bahasa – bahasa jalanan yang mereka gunakan seperti bukakapi (tidur dengan pelanggan), bebong (Ice Baby).

Mereka ini juga cukup mahir dengan seksyen kesalahan yang mereka lakukan. Apabila sikap dan layanan aku yang menyenangkan mereka, ada yang sanggup menawarkan perkhidmatan seks secara percuma, ada yang nak belanja dadah. Tetapi itu minta maaflah aku tidak dapat menerimanya. Hanya rokok, kuih atau buah buahan yang mereka bawa aku ambil hanya untuk mengambil hati. Disini juga mengajar aku menjadi seorang yang tidak berkira tentang tugasan yang diberi seperti jika tukang masak cuti, aku jadi tukang masak,aku menjadi kaunselor tidak bertauliah dengan memberi pendapat atau pandangan kepada mereka yang memerlukan, menjadi penyampai maklumat tentang HIV+, tentang penyakit TB dan penyakit kelamin serta tentang undang-undang.

Aku rasa bangga dengan memberi perkhidmatan kepada mereka ini membuatkan aku dapat belajar bermacam – macam, tentang penyakit, undang –undang, tentang dadah dan banyak lagi. Apabila ada masa kesempatan aku akan melawat mereka yang sakit terutama yang HIV+ dihospital Kuala Lumpur, dengan hanya duduk sembang sembang kosong saja telah dapat mengembirakan hati mereka. Satu perkara lagi yang tidak mungkin aku dapat lupakan dimana aku harus mengkebumikan satu jenazah HIV+ yang tidak dituntut keluarga dibulan puasa.

Ia betul – betul memberi aku keinsafan tidak ramai orang yang sanggup membuat kerja sukarela dengan orang – orang ini tanpa bayaran dari pemandi jenazah sampaikan kepada pembaca talkin meminta bayaran upah. Kalau hendak diikutkan banyak lagi cerita yang hendak dikongsi disini. Cerita tentang seorang pengguna dadah yang mengandung tidak sedar dimana air tetuban (water bag) telah pecah dan hampir bersalin ia mungkin disebabkan pengaruh heroin atau morfin yang mengurangkan kesakitan itu. Cerita tentang komunikasi dengan pengguna dadah mak nyah yang bisu serta HIV+.

Cerita tentang seorang kakak yang merayu kesakitan memohon pertolongan di hospital kerana tidak tahan dengan kesan sampingan ubat yang minta aku urutkan sambil menyebut – nyebut nama aku. “Rafi tolong akak Rafi, tolong urutkan badan akak yang sakit ini”.Cerita seorang lelaki muda sebelum kematian ingin berjumpa dengan aku. Arwah lelaki ini berusia lebih kurang 25tahun terlantar dihospital tanpa kunjungan sanak saudara. Aku cuba memenuhi kehendak dia, apa yang hendak dia makan aku tolong beli tanpa mengira wang ringgit, tolong mandikan dia, tolong picit-picitkan badan dia.

Setiap kali aku datang pasti dia tidak membenarkan aku pulang seolah- olah dia tahu yang dia akan pergi tidak lama lagi, Satu hari aku datang kehospital untuk melawatnya tetapi dia telah keluar wad lalu aku cuba menelefon rumahnya, dengan sikap ingin tahu aku menanyakan khabar dia tetapi aku mendapat khabar sedih dari makciknya yang menjawab panggilan aku. Makciknya ingat aku main – main tetapi hakikatnya memang aku tidak tahu. Lalu makciknya memberitahu aku sebelum arwah ini pergi dia ada menyebut nama aku dan hendak berjumpa dengan aku. Tuhan lebih berkuasa, aku tiada rezeki untuk berjumpa dengannya.

Banyak cerita sedih sebenarnya yang aku tidak mampu untuk imbau kembali. Cerita yang menyorot tentang kemanusiaan. Cerita dimana kita sebagai manusia adalah penting dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Perjuangan Dilestarikan


Salam untuk sahabat semua. Kewujudan BLOG 'Mukhayyam Bersama Luka Rafieqa"di lestarikan setelah mendapat banyak cadangan dari sahabat sahabat semua supaya pelbagai pengalaman LR dalam kerja kerja kesukarelawan muncul. Insyaallah Blog ini akan menambahkan lagi alternatif perjuangan yang selama ini LR ingin capai. Semoga kita selalu dalam redha Illahi.

Untuk berhubung secara interaktif dengan LR boleh LIKE Page Facebook beliau di : LUKA RAFIEQA FB OFFICIALLY PAGE