Tuesday, 26 January 2021

Sailing/Perlayaran

Sailing by Rod Stewart

I am sailing
I am sailing
Home again
'Cross the sea
I am sailing
Stormy waters
To be near you
To be free
I am flying
I am flying
Like a bird
'Cross the sky
I am flying
Passing high clouds
To be near you
To be free
Can you hear me? Can you hear me?
Through the dark night, far away
I am dying, forever crying
To be with you, who can say
Can you hear me? Can you hear me?
Through the dark night, far away
I am dying, forever crying
To be with you, who can say?
We are sailing, we are sailing
Home again
'Cross the sea
We are sailing
Stormy waters
To be near you
To be free
Oh, Lord, to be near you, to be free
Oh, my Lord, to be near you, to be free
Oh, my Lord, to be near you, to be free
Oh, Lord

Assalamualaikum wbt. 
Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan.

Sudah terlalu lama aku tidak menulis diruangan ini. 
Maaf kan aku wahai saudara seiman dengan aku, saudara sewarna darahnya dengan aku, saudara yang merasa apa yang aku rasa dan saudara yang makan ubat sama jenisnya dengan aku.

Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun ke 20 aku survive sebagai seorang penderita penyakit itu. Usia aku pun dah semakin meningkat dan banyak dah pun. Rambut aku sudah banyak putihnya, gigi pun dah banyak yang luruh dan telah diganti dengan gigi palsu.

Sebagai seorang survival, aku dah penat tapi bukan give up tau. 20 tahun satu jangka masa yang agak lamakan. Aku menjadi abang, menjadi mentor, menjadi ayah kepada mereka2 yang baru diagnose. Alhamdulillah sekarang dah ramai pelapis2 baru yang lebih hebat.
Tapi Alhamdulillah, Allah swt masih memberi aku kesempatan bertaubat dan membuat pahala amal jariah. 

Alhamdulillah, Dikala ini aku masih mempunyai mak dan abah, aku ada adik beradik, aku ada anak2 saudara dan aku ada anak lelaki seorang. Alhamdulilah.

Mak, abah, maafkan anakmu ini kerana kurang bijak mengatur kehidupan. Adik adiku sayang, maaf kan Balong kerana kurang bijak membimbing kalian. Abang anakku, maaf kan papa kerana tidak menjadi papa yang hebat. Kepada saudara2 seperjuangan maafkan aku, kerana tidak dapat menjadi mentor yg baik, mentor yang hebat. Maafkan aku kerana keceluparan mulut ku, 
Maafkan aku jika aku pernah membuat kalian marah, terasa hati dan perkara2 yg kurang wajar.  

Mak, kau mengandungkan aku selama 9bulan, dan ketika aku hendak dilahirkan dengan kuasa Allah. Mak telah diberi tanda tanda untuk melahirkan aku. Terima Kasih mak, maafkan anakmu ini. Halalkan susumu, halalkan aku pernah menumpang dirahim mu.

Mak, maaf kan anak mu ini, jika pergi dahulu darimu. 
Aku tak sangka Mak telah mendapat alamat dalam mimpi mu. 
Ketika Mak buat panggilan Video sambil menangis2. Mak kata
Mak mimpi aku hadir dalam mimpi mak, dengan berpakaian sekian sekian, aku memberitahu emak bahawa aku dah lama untuk berada disisi keluarga mak kata aku akan pergi jauh.
Aku pun menangis, mungkin benar mimpi seorang ibu. Atau mungkin mainan tidur. 

Disini aku kongsikan 
THE STANDING IRON BRIDGE LUKA RAFIEQA
(Semoga Pengorbanan Hari Ini Memberi Kecermelangan Untuk Akan Datang)

Hari hari terakhir seorang yang bergelar Luka Rafieqa. 

Bagi yg tahu tentang Luka Rafieqa ni, terutamanya warga LGBT/HIV/Drug User/Rakan Jalanan Luka Rafieqa ialah umpama jambatan besi milik KTM yg masih wujud & masih gagah berdiri melintangi Sungai di Malaysia. Walaupun Luka Rafieqa sudah mengurangkan Khidmat Baktinya sebagai sukarelawan sejak ramainya pelapis baru.  Walau bagaimana pun Luka Rafieqa masih setia berkhidmat kepada penduduk Kampung Terpinggir & kawasan sekitar.Bagi yg mahukan maklumat & bantuan Luka Rafieqa adalah  jalan pintas sebelum ke lain2 tempat. Semestinya Luka Rafieqa ini adalah pilihan bagi warga komuniti pejalan kaki, motorsikal & basikal. 
Jatidiri Luka Rafieqa dibina semasa zaman  penjajahan airmatanya sendiri. Luka Rafieqa sebelum ini  mempunyai kembarnya dengan bloggers  & design yg hampir sama.Ianya terletak di Kampung Google. Ajalnya perkhidmatanya bakal ditamatkan oleh takdir Allah SWT
Riwayatnya di tamatkan dengan HATERS. Satu Salvage Team(x pasti dari mana) tidak mengambil masa yg lama utk memadamkan nama Luka Rafieqa itu. Hanya dengan menggunakan Salvage Team, Luka Rafieqa dipotong ke beberapa bahagian sebelum perlahan lahan hilang dari pandangan tanpa sesiapa pun yang tahu akan destinasinya.Ada jugak cakap2 orang, ianya bakal dieskport ke Neraka untuk recyecling proses yg mana ianya akan digunakan semula dalam Sistem Kenangan. WALLAHUWAALLAM

Jadi tinggallah jambatan ini keseorangan dan tetap berkhidmat pada masyarakat. Kalau diambil kira dr Perlis hingga ke Sabah Luka Rafieqalah satu-satunya antara jambatan yg menggunakan Teknik Iron Rivett yg masih wujud.Dapatlah jugak generasi sekarang yg tahu apa itu senibina jatidiri & sukarelawan menghayati & melihat sukarelawan & senibina jatidiri Luka Rafieqa.

Uniknya kekuatan Luka Rafieqa ini dibina tidak menggunakan nuts & bold.Setiap penat jerihnya, setiap sakit batang rusuknya & setiap satu tulangnya hanya disambung dengan menggunakan teknik iron rivett.

Teknik ini telah lama diguna pakai, sejak zaman Para Nabi, Para Ambia, Para Sahabat, Syaidina Ali ra, Syaidina Umar Al Khatab ra maupun zaman seorang Pelacur Memberi Seekor Anjing minum. 
Antara ciptaan & binaan Dunia yg hebat  ialah kapal TITANIC 1910/1911.SAN FRANSISCO GOLDEN GATE BRIDGE Kedua-duanya menggunakan teknik iron rivett.Keutuhan sambungan memang terbukti kukuh.Buktinya,SAN FRANSISCO GOLDEN GATE BRIDGE ,yg sudah berumur hampir ratusan tahun,tapi masih kukuh.
Itulah uniknya teknik iron rivett ini.Tapi untuk mengaplikasikan teknik ini,bukannya mudah.Ianya satu proses yang memerlukan kekuatan,kepantasan & ketepatan.Hanya skillfull volunteer sahaja yang dikatakan  mampu. 
Pengukuhan Jatidiri dan semangat konsisten umpama setiap kepingan besi yang hendak disambung,harus diukur,dipotong & dilubangkan dgn tepat sebelum proses rivett dilakukan. 
Setiap rivett hanyalah sebatang besi lurus yg bersaiz & berdiameter tertentu mengikut spesifikasi dari jurutera. 
Seterusnya ia akan dipanaskan sehingga hampir ke takat lebur besi,yakni sehingga kelihatan merah membara. 
Justeru sesudah dipanaskan,ianya terus dimasukkan ke dalam lubang sambungan. 
Maka proses mengetuk pun bermula dengan 2 orang iron worker akan mengetuk besi yg masih panas membara itu tadi secara serentak dibahagian depan & belakang sambungan.
Hasil dari ketukan tadi akan menghasilkan bentuk separa bulat dikedua-dua bahagian cantuman tadi.Apabila ianya sudah sejuk & mengeras,maka terhasillah satu cengkaman atau lekapan yg amat kuat & jitu yg akan bertahan selama puluhan atau ratusan tahun.Manakala iron rivett yang terhasil tidak boleh dibuka kembali dengan menggunakan apa2 tools sekalipun, melainkan dipotong dengan alat khas.  
Semua proses ini hanya dilakukan on-side dari awal hingga akhir.Bayangkan perit jerih semua sukarelawan  yang beribu-ribu kali mengulangi proses ini sehingga siap & boleh berdiri dengan megahnya.

Selamat Jalan Luka Rafieqa
Selamat Beristirehat

Sekadar Luahan 
Kerana Aku Bukan Seorang Yang Hebat
Luka Rafieqa.
27/1/2021
Rabu
0845