Thursday 25 April 2013

Masih Memburu Sesuatu Yang Tak Pasti...... Aku HIV Positif



Memang ramai yang inginkan kebahagiaan.. Aku juga inginkan kebahagiaan. Di dalam mencari bahagia.. Masih lagi berada peringkat yang sama.. Terasa ingin melakukan perubahan diri pada tahap yang lebih baik, namun setelah hari demi hari berlalu.. Aku masih orang yang sama, masih memburu sesuatu yang tak pasti, terbeban dengan hari hari yang bakal ditempuhi.

Cinta sebenarnya begitu suci, cuma Aku yang salah mentafsir.. Aku salah menilai kesucian cinta itu mengikut apa yang telah terjadi pada aku. Kita telah menekankan kata cinta itu pabila kita telah gagal di dalam penghayatan sendiri..
Apabila merasakan jiwa kosong dan terasa amat sunyi maka kehidupan umpama lorong duka lara, simpang siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan sedangkan deru anginnya adalah nyanyian kedukaan.. Memberi kesan yang mendalam pada satu hakikat cinta.. Pada satu keyakinan di dalam jiwa, sedang hati itu kian menjauh..

Keberanian untuk menempuh pahit dan getirnya kehidupan serta ketinggian untuk memetik buah kebahagiaan dalam rimbunan pepohon keimanan.. Merasa betapa manisnya terasa bila jiwa itu ada rasa ketenangan..

Tidak ada lagi keindahan pada mahligai tersergam juga kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia.. Hanya membiarkan diri itu menjadi tanda tanya.. Siapa yang merasakan kesengsaraan yang ditanggung.. Siapa yang mengerti akan perasaan yang di lalui..Islam tidak pernah menggambarkan cinta itu hina dan keji sehinggalah cinta itu dikuasai nafsu dan diukur dengan nilai-nilai cetek dan sementara tanpa dihubungkan dengan nilai Iman dan kehidupan Akhirat yang kekal abadi..Jiwa adalah sarang kebahagiaan, taman ketenangan dengan seribu janji senyuman.. Memberi satu laluan yang tiada penatnya bagai sungai jernih yang mengalir laju ke laut.. Bagai deruan ombak yang tak henti henti membadai pantai..

Kemanakah hilangnya nikmat satu kehidupan yang menjanjikan bahagia?Dari manakah datangnya kepuasan jika diri hanya memeluk tubuh menanti tibanya cinta?

Aku tetap manusia, memerlukan hidayah untuk diisikan pada jiwa agar diri mengenal erti takut dan tunduk.. Kerana takut itulah yang akan mengajarnya erti keberanian dan tunduk itulah yang akan mengajarnya erti ketinggian.. Mengerti akan sakit dan bahana jika tergelincir jatuh..Bukankah cinta itu suci, sesuci embun pagi? Bukankah cinta itu mulia dan tinggi? Bukankah cinta itu datang dari kebersihan hati lalu melahirkan kemuliaan budi, kasih dan kepekaan jiwa?Beruntunglah pada hati hati yang memiliki ketenangan jiwa yang di cari.. Mendayu rasa sebak di dada bila masih ada lagi kerunsingan dan ketakutan yang amat sangat tentang rasa jiwa yang hilang.. Semakin hilang di rasai.. Semakin sakit tersiksa..

AIDS = Ada Indah Dan Sengsara.......

Dedekasi Buat Kekanda dan Adinda Yang Masih dalam Kepayahan Mencari Cinta...

Sunday 21 April 2013

Kalau ALLAH baik kenapa buat Neraka

                                               
           CANTIKkan Merak Jantan ini. Antara Merak Jantan dan Betina. Cantik Lagi  Merak Jantan



Kalau ALLAH baik kenapa buat Neraka
                                                                                    
Ini kisah benar..kisah seorang Mamat Chumel Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah tempat yang melaksanakan Program Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction), kerap kali Aku menjalankan program program kesedaran HIV dan isu yang berkaitan, untuk memastikan mereka faham tentang isu HIV.

Lazimnya dalam setiap program program kesedaran sebegini, seorang aku ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara  berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika program program kesedaran yang dijalankan sekitar 2009, seorang Mamat Chumel yang berpeleseran di salah satu kawasan riadah  telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat(sebenarnya lebih pada tu). Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Aku ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudara insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan Jabatan Penguatkuasaan, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..." Cam ustaz lak aku.. hehehehehe…

Mamat  Chumel tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi sememang dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat omelan aku tu..dah la hati panas kena denda sebab dia berkelakuan tidak senonoh..Opppsss terlepas lak.. 

Aku tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis Mamat  Chumel tu membebel,Alhamdulillah Allah bagi aku idea untuk menjawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi Camni. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur lelaki chumel, 
kalau ada yang berminat nak liwat awak bayar jer pada saya.. . Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Mamat Chumel tu terkejut. Tergamak Aku cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Aku pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol leh liwat lagi kalau dia nak pastu dapat HIV..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya aku.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si Mamat Chumel tu.
Aku tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Mamat Chumel tu terdiam. 

Aku mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi pandangan ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. 

P/S: "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"





Tuesday 9 April 2013

Kerana HIV..... Dimana Nilai Kasih Sayangmu?







Apakah diriku setelah aku tidak mempunyai nilai lagi untukmu?  Nilai kasih sayang, nilai menghormati..sudah kamu tidak mementingkan lagi..kamu hanya mementingkan dirimu..bukan untuk orang lain..walaupun dasar dari mulut kamu hanya cakap tidak apa-apa tentang diriku..Aku mengerti hati kamu,aku memahami diri kamu..kamu tidak merasa perit hidupku,kamu tidak pernah rasa apa yang ku rasa...
Setelah ku berubah,kamu juga berubah..aku berubah untuk diriku dan orang sekeliling..tapi kamu berubah untuk apa?berubah untuk diri sendiri?kelakar juga kadang-kandang aku memikirkan kembali tentang dulu...ibarat mencurah kasih sayang kepada batu yang tidak ada perasaan rasa...hipokrit dirimu yang menyerlah tetapi kamu tidak merasa itu..kah..kah...kelakar betul hidup nii....memang aku bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang untuk melihat sebaik-baik kejadian di dunia ini...indah betul di dunia buruk ini....

Aku merasa diriku sia-sia..Sia-sia menyayangi seseorang yang tidak pernah sayang aku...hahaha...betul juga Cikgu aku pernah cakap,"JANGAN KAMU TERLALU SAYANG SESEORANG KERANA IA AKAN MEMBINASAKAN DIRIMU" akhirnya aku faham dengan kata-kata itu...Hendak aku maafkan??yea,aku maafkan....tetapi hati aku tetap akan simpan rasa itu...Aku pernah cakap,jangan buat diriku sakit hati dan benci..kerana aku akan membawanya bersama ke mati.....
Walaupun nabi pesan,maaf itu adalah penawar hati..tetapi hatiku sukar untuk diindahkan setelah dikotor dengan kata-kata macam tu...diriku tidak ada nilai padamu,jangan kamu rasa dirimu berada tahap yang mulia...kerana ada lagi yang lebih mulia dari kamu...jangan kamu anggap solat cukup,tidak melakukan maksiat itu cukup untuk dirimu..jangan kamu terlalu puas hati dengan dirimu... Jangan terlalu yakin bahawa kita lebih baik daripada mereka, barangkali, dosa kecil yang kita lakukan terlalu banyak, tanpa kita sedari, ibarat titik-titik hitam yang akhirnya, lama-kelamaan berjaya menghitamkan diri kita...

Buat teman pengadu SABAR dan REDHAlah... Banyak INDAHnya... Berdoalah

Doa penenang hati


Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dengan kegembiraan
dan di tempat ketakutan dengan keamanan

Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dengan air keimanan..

Ya Allah..buatlah mata yg tidak mahu lelap
merasa mengantuk yg memberi ketenangan,
dan letakkanlah di jiwa yang goncang ini kedamaian,
dan berilah balasan baginya
dengan kejayan yang sudah hampir

Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kepada Nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kepada jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah orang2 yang menyimpang dari jalan MU
kepada hidayah MU

Ya Allah… lenyapkanlah was-was dengan fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dengan falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dengan tentera bantuan-MU
dalam keadaan terhina…

Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku…

Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kepada-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kepada -MU,
Daku tidak meminta tolong melainkan kepada-Mu

Engkaulah pemelihara ku….
sebaik2 pelindung dan penolong…
Amin Ya Allah........