Tahun 2004 adalah tahun yang betul
betul dirasakan menjadi batu loncatan, tahun yang menjana perubahan sebagai
sukarelawan bersama Yayasan Salam. Diatas tiket Yayasan Salam menjadikan aku
seorang sukarelawan yang serba boleh, memberi perkhidmatan kepada kelompok yang
terpinggir atau terpencil iaitu kepada mereka yang masyarakat tidak boleh
pandang sebelah mata seperti kelompok pengguna dadah yang terdiri daripada mak
nyah, pekerja seks @ pelacur , mereka yang HIV+ .
Memberi perkhidmatan kepada mereka di Pusat Komuniti IKHLAS
Chow Kit. Apabila masyarakat mendengar aku berkerja di Chow Kit sahaja telah
menimbulkan stigma kepada kawasan tersebut belum lagi menerangkan yang aku
berkerja dengan kelompok – kelompok tersebut. Banyak pahit dan manis serta yang
telah dilalui sewaktu berkhidmat disitu. Disitu aku menjadi kawan, menjadi bahu
tempat menangis, menjadi rakan tempat berkongsi masaalah. Aku masih ingat lagi
satu pagi seorang mak nyah yang juga terlibat dengan dadah dimana dia ini juga pembawa
virus HIV+ datang kepada aku menangis lalu memeluk aku sambil meluahkan nasib
yang dia lalui. Bayangkanlah dia dengan berbau hamis dan tidak menyenangkan
dengan keadaan yang tidak terurus memeluk aku sambil menangis apatah lagi
dengan hingus yang meleleh dibaju aku, dengan pasrah aku membalas pelukkan dia
bagi menenangkan keadaan dia sambil menjadi pendengar yang setia kepada
masalahnya.
Aku pernah dituduh juga mengguna dadah disebabkan bentuk
fizikal yang kurus tetapi aku tidak kisah itu semua yang penting aku hendak
berkhidmat dengan masyarakat ini. Biarpun aku harus membersihkan punggung
mereka yang penuh dengan najis, mencuci luka atau kudis yang ada ulat-ulat
kecil atau dengan bau kudis yang meloyakan. Aku juga pernah digertak dan
dikejar dengan gunting oleh salah seorang yang datang kesitu kerana mungkin dia
dibawah pengaruh dadah. Ada ketikanya seronok juga mendengar pengalaman mereka
di penjara, di pusat serenti juga bahasa – bahasa jalanan yang mereka gunakan
seperti bukakapi (tidur dengan pelanggan), bebong (Ice Baby).
Mereka ini juga cukup mahir dengan seksyen kesalahan yang
mereka lakukan. Apabila sikap dan layanan aku yang menyenangkan mereka, ada
yang sanggup menawarkan perkhidmatan seks secara percuma, ada yang nak belanja
dadah. Tetapi itu minta maaflah aku tidak dapat menerimanya. Hanya rokok, kuih
atau buah buahan yang mereka bawa aku ambil hanya untuk mengambil hati. Disini
juga mengajar aku menjadi seorang yang tidak berkira tentang tugasan yang
diberi seperti jika tukang masak cuti, aku jadi tukang masak,aku menjadi
kaunselor tidak bertauliah dengan memberi pendapat atau pandangan kepada mereka
yang memerlukan, menjadi penyampai maklumat tentang HIV+, tentang penyakit TB
dan penyakit kelamin serta tentang undang-undang.
Aku rasa bangga dengan memberi perkhidmatan kepada mereka
ini membuatkan aku dapat belajar bermacam – macam, tentang penyakit, undang
–undang, tentang dadah dan banyak lagi. Apabila ada masa kesempatan aku akan
melawat mereka yang sakit terutama yang HIV+ dihospital Kuala Lumpur, dengan
hanya duduk sembang sembang kosong saja telah dapat mengembirakan hati mereka.
Satu perkara lagi yang tidak mungkin aku dapat lupakan dimana aku harus
mengkebumikan satu jenazah HIV+ yang tidak dituntut keluarga dibulan puasa.
Ia betul – betul memberi aku keinsafan tidak ramai orang
yang sanggup membuat kerja sukarela dengan orang – orang ini tanpa bayaran dari
pemandi jenazah sampaikan kepada pembaca talkin meminta bayaran upah. Kalau
hendak diikutkan banyak lagi cerita yang hendak dikongsi disini. Cerita tentang
seorang pengguna dadah yang mengandung tidak sedar dimana air tetuban (water
bag) telah pecah dan hampir bersalin ia mungkin disebabkan pengaruh heroin atau
morfin yang mengurangkan kesakitan itu. Cerita tentang komunikasi dengan
pengguna dadah mak nyah yang bisu serta HIV+.
Cerita tentang seorang kakak yang merayu kesakitan memohon
pertolongan di hospital kerana tidak tahan dengan kesan sampingan ubat yang
minta aku urutkan sambil menyebut – nyebut nama aku. “Rafi tolong akak Rafi,
tolong urutkan badan akak yang sakit ini”.Cerita seorang lelaki muda sebelum
kematian ingin berjumpa dengan aku. Arwah lelaki ini berusia lebih kurang
25tahun terlantar dihospital tanpa kunjungan sanak saudara. Aku cuba memenuhi
kehendak dia, apa yang hendak dia makan aku tolong beli tanpa mengira wang
ringgit, tolong mandikan dia, tolong picit-picitkan badan dia.
Setiap kali aku datang pasti dia tidak membenarkan aku
pulang seolah- olah dia tahu yang dia akan pergi tidak lama lagi, Satu hari aku
datang kehospital untuk melawatnya tetapi dia telah keluar wad lalu aku cuba
menelefon rumahnya, dengan sikap ingin tahu aku menanyakan khabar dia tetapi
aku mendapat khabar sedih dari makciknya yang menjawab panggilan aku. Makciknya
ingat aku main – main tetapi hakikatnya memang aku tidak tahu. Lalu makciknya
memberitahu aku sebelum arwah ini pergi dia ada menyebut nama aku dan hendak
berjumpa dengan aku. Tuhan lebih berkuasa, aku tiada rezeki untuk berjumpa
dengannya.
Banyak cerita sedih sebenarnya yang aku tidak mampu untuk
imbau kembali. Cerita yang menyorot tentang kemanusiaan. Cerita dimana kita
sebagai manusia adalah penting dan saling memerlukan antara satu sama lain.
Wow!
ReplyDeleteTahniah :)
Cerita yang sangat menyentuh hati, saya ada baca kisah2 ni sebelum ni dekat PAFI web rasanya.. masih segar dalam ingatan kisah bro luka cerita tentang urut2 kakak tu
ReplyDeleteSemoga Allah memandang usaha bro luka rafiqa dan beri ganjaran dunia dan akhirat buat bro luka
mulianya hati kamu...
ReplyDeleteSupernova, itu semua atas gerakan kuasa Allah swt. Terima Kasih atas sokongan
Deletekeep up the good work abg rafi, semoga Allah membalas kebaikanmu. Amin - from Q
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih Q atas sokongan.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSala Sejahtera En Luka... apa yang En Luka lakukan tidak ramai yang mampu mengalasnya. Tanniah dan terima kasih atas keperhatinan, pengorbanan masa dan wang ringgit. Insan2 yang En Luka tolong tidak akan lupa kebaikan En. Suatu hari saya berazam untuk menjadi sukarela seperti En Luka. Semoga En sentiasa sihat2 selalu.
ReplyDelete