CANTIKkan Merak Jantan ini. Antara Merak Jantan dan Betina. Cantik Lagi Merak Jantan
Kalau ALLAH baik kenapa buat Neraka
Ini kisah benar..kisah
seorang Mamat Chumel Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang
agama. Ceritanya begini, di sebuah tempat yang melaksanakan Program Pengurangan
Kemudaratan (Harm Reduction), kerap kali Aku menjalankan program program
kesedaran HIV dan isu yang berkaitan, untuk memastikan mereka faham tentang isu
HIV.
Lazimnya dalam setiap program
program kesedaran sebegini, seorang aku ditugaskan bersama dengan para pegawai
pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata
tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika program program kesedaran yang dijalankan sekitar 2009, seorang Mamat Chumel yang berpeleseran di salah satu kawasan riadah telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat(sebenarnya lebih pada tu). Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Aku ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudara insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan Jabatan Penguatkuasaan, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..." Cam ustaz lak aku.. hehehehehe…
Mamat Chumel tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi sememang dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat omelan aku tu..dah la hati panas kena denda sebab dia berkelakuan tidak senonoh..Opppsss terlepas lak..
Aku tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis Mamat Chumel tu membebel,Alhamdulillah Allah bagi aku idea untuk menjawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi Camni. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur lelaki chumel, kalau ada yang berminat nak liwat awak bayar jer pada saya.. . Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Mamat Chumel tu terkejut. Tergamak Aku cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Aku pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol leh liwat lagi kalau dia nak pastu dapat HIV..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya aku.
"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si Mamat Chumel tu.
Aku tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Mamat Chumel tu terdiam.
Aku mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi pandangan ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.
P/S: "Ilmu
itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
hehe pandai bro luka jawab.. :D
ReplyDelete