THE STANDING IRON BRIDGE LUKA RAFIEQA
Hari hari terakhir seorang yang bergelar Luka Rafieqa.
Bagi yg tahu tentang Luka Rafieqa ni, terutamanya warga LGBT/HIV/Drug User/Rakan Jalanan Luka Rafieqa ialah umpama jambatan besi milik KTM yg masih wujud & masih gagah berdiri melintangi Sungai di Malaysia. Walaupun Luka Rafieqa sudah mengurangkan Khidmat Baktinya sebagai sukarelawan sejak ramainya pelapis baru. Walau bagaimana pun Luka Rafieqa masih setia berkhidmat kepada penduduk Kampung Terpinggir & kawasan sekitar.Bagi yg mahukan maklumat & bantuan Luka Rafieqa adalah jalan pintas sebelum ke lain2 tempat. Semestinya Luka Rafieqa ini adalah pilihan bagi warga komuniti pejalan kaki, motorsikal & basikal.
Jatidiri Luka Rafieqa dibina semasa zaman penjajahan airmatanya sendiri. Luka Rafieqa sebelum ini mempunyai kembarnya dengan bloggers & design yg hampir sama.Ianya terletak di Kampung Google. Ajalnya perkhidmatanya bakal ditamatkan oleh takdir Allah SWT
Riwayatnya di tamatkan dengan HATERS. Satu Salvage Team(x pasti dari mana) tidak mengambil masa yg lama utk memadamkan nama Luka Rafieqa itu. Hanya dengan menggunakan Salvage Team, Luka Rafieqa dipotong ke beberapa bahagian sebelum perlahan lahan hilang dari pandangan tanpa sesiapa pun yang tahu akan destinasinya.Ada jugak cakap2 orang, ianya bakal dieskport ke Neraka untuk recyecling proses yg mana ianya akan digunakan semula dalam Sistem Kenangan. WALLAHUWAALLAM
Jadi tinggallah jambatan ini keseorangan dan tetap berkhidmat pada masyarakat. Kalau diambil kira dr Perlis hingga ke Sabah Luka Rafieqalah satu-satunya antara jambatan yg menggunakan Teknik Iron Rivett yg masih wujud.Dapatlah jugak generasi sekarang yg tahu apa itu senibina jatidiri & sukarelawan menghayati & melihat sukarelawan & senibina jatidiri Luka Rafieqa.
Uniknya kekuatan Luka Rafieqa ini dibina tidak menggunakan nuts & bold.Setiap penat jerihnya, setiap sakit batang rusuknya & setiap satu tulangnya hanya disambung dengan menggunakan teknik iron rivett.
Teknik ini telah lama diguna pakai, sejak zaman Para Nabi, Para Ambia, Para Sahabat, Syaidina Ali ra, Syaidina Umar Al Khatab ra maupun zaman seorang Pelacur Memberi Seekor Anjing minum.
Antara ciptaan & binaan Dunia yg hebat ialah kapal TITANIC 1910/1911.SAN FRANSISCO GOLDEN GATE BRIDGE Kedua-duanya menggunakan teknik iron rivett.Keutuhan sambungan memang terbukti kukuh.Buktinya,SAN FRANSISCO GOLDEN GATE BRIDGE ,yg sudah berumur hampir ratusan tahun,tapi masih kukuh.
Itulah uniknya teknik iron rivett ini.Tapi untuk mengaplikasikan teknik ini,bukannya mudah.Ianya satu proses yang memerlukan kekuatan,kepantasan & ketepatan.Hanya skillfull volunteer sahaja yang dikatakan mampu.
Pengukuhan Jatidiri dan semangat konsisten umpama setiap kepingan besi yang hendak disambung,harus diukur,dipotong & dilubangkan dgn tepat sebelum proses rivett dilakukan.
Setiap rivett hanyalah sebatang besi lurus yg bersaiz & berdiameter tertentu mengikut spesifikasi dari jurutera.
Seterusnya ia akan dipanaskan sehingga hampir ke takat lebur besi,yakni sehingga kelihatan merah membara.
Justeru sesudah dipanaskan,ianya terus dimasukkan ke dalam lubang sambungan.
Maka proses mengetuk pun bermula dengan 2 orang iron worker akan mengetuk besi yg masih panas membara itu tadi secara serentak dibahagian depan & belakang sambungan.
Hasil dari ketukan tadi akan menghasilkan bentuk separa bulat dikedua-dua bahagian cantuman tadi.Apabila ianya sudah sejuk & mengeras,maka terhasillah satu cengkaman atau lekapan yg amat kuat & jitu yg akan bertahan selama puluhan atau ratusan tahun.Manakala iron rivett yang terhasil tidak boleh dibuka kembali dengan menggunakan apa2 tools sekalipun, melainkan dipotong dengan alat khas.
Semua proses ini hanya dilakukan on-side dari awal hingga akhir.Bayangkan perit jerih semua sukarelawan yang beribu-ribu kali mengulangi proses ini sehingga siap & boleh berdiri dengan megahnya.
Selamat Jalan Luka Rafieqa
Selamat Beristirehat
Sekadar Luahan
Kerana Aku Bukan Seorang Yang Hebat
Luka Rafieqa.
4/12/2020
Jumaat
1600hrs
Felda Jerangau
Dungun, Terengganu
No comments:
Post a Comment