Friday 15 March 2013

Kisah "AKU"



Tahun 2004 adalah tahun yang betul betul dirasakan menjadi batu loncatan, tahun yang menjana perubahan sebagai sukarelawan bersama Yayasan Salam. Diatas tiket Yayasan Salam menjadikan aku seorang sukarelawan yang serba boleh, memberi perkhidmatan kepada kelompok yang terpinggir atau terpencil iaitu kepada mereka yang masyarakat tidak boleh pandang sebelah mata seperti kelompok pengguna dadah yang terdiri daripada mak nyah, pekerja seks @ pelacur , mereka yang HIV+ .

Memberi perkhidmatan kepada mereka di Pusat Komuniti IKHLAS Chow Kit. Apabila masyarakat mendengar aku berkerja di Chow Kit sahaja telah menimbulkan stigma kepada kawasan tersebut belum lagi menerangkan yang aku berkerja dengan kelompok – kelompok tersebut. Banyak pahit dan manis serta yang telah dilalui sewaktu berkhidmat disitu. Disitu aku menjadi kawan, menjadi bahu tempat menangis, menjadi rakan tempat berkongsi masaalah. Aku masih ingat lagi satu pagi seorang mak nyah yang juga terlibat dengan dadah dimana dia ini juga pembawa virus HIV+ datang kepada aku menangis lalu memeluk aku sambil meluahkan nasib yang dia lalui. Bayangkanlah dia dengan berbau hamis dan tidak menyenangkan dengan keadaan yang tidak terurus memeluk aku sambil menangis apatah lagi dengan hingus yang meleleh dibaju aku, dengan pasrah aku membalas pelukkan dia bagi menenangkan keadaan dia sambil menjadi pendengar yang setia kepada masalahnya.

Aku pernah dituduh juga mengguna dadah disebabkan bentuk fizikal yang kurus tetapi aku tidak kisah itu semua yang penting aku hendak berkhidmat dengan masyarakat ini. Biarpun aku harus membersihkan punggung mereka yang penuh dengan najis, mencuci luka atau kudis yang ada ulat-ulat kecil atau dengan bau kudis yang meloyakan. Aku juga pernah digertak dan dikejar dengan gunting oleh salah seorang yang datang kesitu kerana mungkin dia dibawah pengaruh dadah. Ada ketikanya seronok juga mendengar pengalaman mereka di penjara, di pusat serenti juga bahasa – bahasa jalanan yang mereka gunakan seperti bukakapi (tidur dengan pelanggan), bebong (Ice Baby).

Mereka ini juga cukup mahir dengan seksyen kesalahan yang mereka lakukan. Apabila sikap dan layanan aku yang menyenangkan mereka, ada yang sanggup menawarkan perkhidmatan seks secara percuma, ada yang nak belanja dadah. Tetapi itu minta maaflah aku tidak dapat menerimanya. Hanya rokok, kuih atau buah buahan yang mereka bawa aku ambil hanya untuk mengambil hati. Disini juga mengajar aku menjadi seorang yang tidak berkira tentang tugasan yang diberi seperti jika tukang masak cuti, aku jadi tukang masak,aku menjadi kaunselor tidak bertauliah dengan memberi pendapat atau pandangan kepada mereka yang memerlukan, menjadi penyampai maklumat tentang HIV+, tentang penyakit TB dan penyakit kelamin serta tentang undang-undang.

Aku rasa bangga dengan memberi perkhidmatan kepada mereka ini membuatkan aku dapat belajar bermacam – macam, tentang penyakit, undang –undang, tentang dadah dan banyak lagi. Apabila ada masa kesempatan aku akan melawat mereka yang sakit terutama yang HIV+ dihospital Kuala Lumpur, dengan hanya duduk sembang sembang kosong saja telah dapat mengembirakan hati mereka. Satu perkara lagi yang tidak mungkin aku dapat lupakan dimana aku harus mengkebumikan satu jenazah HIV+ yang tidak dituntut keluarga dibulan puasa.

Ia betul – betul memberi aku keinsafan tidak ramai orang yang sanggup membuat kerja sukarela dengan orang – orang ini tanpa bayaran dari pemandi jenazah sampaikan kepada pembaca talkin meminta bayaran upah. Kalau hendak diikutkan banyak lagi cerita yang hendak dikongsi disini. Cerita tentang seorang pengguna dadah yang mengandung tidak sedar dimana air tetuban (water bag) telah pecah dan hampir bersalin ia mungkin disebabkan pengaruh heroin atau morfin yang mengurangkan kesakitan itu. Cerita tentang komunikasi dengan pengguna dadah mak nyah yang bisu serta HIV+.

Cerita tentang seorang kakak yang merayu kesakitan memohon pertolongan di hospital kerana tidak tahan dengan kesan sampingan ubat yang minta aku urutkan sambil menyebut – nyebut nama aku. “Rafi tolong akak Rafi, tolong urutkan badan akak yang sakit ini”.Cerita seorang lelaki muda sebelum kematian ingin berjumpa dengan aku. Arwah lelaki ini berusia lebih kurang 25tahun terlantar dihospital tanpa kunjungan sanak saudara. Aku cuba memenuhi kehendak dia, apa yang hendak dia makan aku tolong beli tanpa mengira wang ringgit, tolong mandikan dia, tolong picit-picitkan badan dia.

Setiap kali aku datang pasti dia tidak membenarkan aku pulang seolah- olah dia tahu yang dia akan pergi tidak lama lagi, Satu hari aku datang kehospital untuk melawatnya tetapi dia telah keluar wad lalu aku cuba menelefon rumahnya, dengan sikap ingin tahu aku menanyakan khabar dia tetapi aku mendapat khabar sedih dari makciknya yang menjawab panggilan aku. Makciknya ingat aku main – main tetapi hakikatnya memang aku tidak tahu. Lalu makciknya memberitahu aku sebelum arwah ini pergi dia ada menyebut nama aku dan hendak berjumpa dengan aku. Tuhan lebih berkuasa, aku tiada rezeki untuk berjumpa dengannya.

Banyak cerita sedih sebenarnya yang aku tidak mampu untuk imbau kembali. Cerita yang menyorot tentang kemanusiaan. Cerita dimana kita sebagai manusia adalah penting dan saling memerlukan antara satu sama lain.

8 comments:

  1. Cerita yang sangat menyentuh hati, saya ada baca kisah2 ni sebelum ni dekat PAFI web rasanya.. masih segar dalam ingatan kisah bro luka cerita tentang urut2 kakak tu

    Semoga Allah memandang usaha bro luka rafiqa dan beri ganjaran dunia dan akhirat buat bro luka

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Supernova, itu semua atas gerakan kuasa Allah swt. Terima Kasih atas sokongan

      Delete
  3. keep up the good work abg rafi, semoga Allah membalas kebaikanmu. Amin - from Q

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih Q atas sokongan.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Sala Sejahtera En Luka... apa yang En Luka lakukan tidak ramai yang mampu mengalasnya. Tanniah dan terima kasih atas keperhatinan, pengorbanan masa dan wang ringgit. Insan2 yang En Luka tolong tidak akan lupa kebaikan En. Suatu hari saya berazam untuk menjadi sukarela seperti En Luka. Semoga En sentiasa sihat2 selalu.

    ReplyDelete