Sunday 9 March 2014

SYUKUR AKU MASIH LAGI BERNAFAS....



SYUKUR AKU MASIH LAGI BERNAFAS....

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan yang maha agung dari segalanya…..tanggal 10 Mac 2014, pada tarikh ini, bertambah setahun lagi usiaku sebagai perjuang… Maka genaplah 13tahun sebagai ODHA. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk terus bernafas menghirup udara segar di samping menikmati keindahan alam ciptaan Allah serta segala kurniaan-Nya di atas mukabumi ini…

Merenung sejenak... memikirkan apakah segala amalan kebaikan seiring dengan usiaku ini.. rasanya telah banyak waktu yang telah dihabiskan sepanjang perjalanan kehidupan yang penuh ranjau dan duri, mudah-mudahan segala keperitan dan kepenatan dalam mengharungi kehidupan di dunia ini dilimpahi keberkatan….

Kini, dalam meniti perjalanan hidup yang tidak tahu sejauh mana dipinjamkan nyawa ini di dunia ini, mengharungi hidup penuh liku, cabaran dan dugaan… daku memohon pada-Mu ya Allah, berikanlah daku kekuatan menghadapi segala ketentuan-Mu ya Allah… daku memohon agar diriku sentiasa di bawah rahmat dan lindungan-Mu.. bimbinglah daku agar sentiasa berada di jalan-Mu yang lurus lagi benar… berikanlah petunjuk-Mu kepadaku dalam menentukan sesuatu di dunia ini… peliharalah diriku agar istiqamah dalam melaksanakan perintah-Mu…




Luka Rafieqa

Mari Berbagi Cerita Bersamaku
0173110306

3 comments:

  1. Happy Birthday. Moga Bahagia dunia akhirat. Teruskan perjuangan.

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih... Sama2 kita berjuang

    ReplyDelete
  3. sy sentiasa menantikan update dari blog abg ni. semoga abg sentiasa dilimpahi rahmat dan terus berjuang menolong orang-orang yang memerlukan pertolongan. seriusly, sy salute apa yang abg buat selama ni.

    ReplyDelete