Friday 28 May 2021

Kita Adalah Manusia

 Kata Kunci "Kita Adalah Manusia". Tidak kira apa bangsa, agama, jantina, taraf pendidikan, kedudukan pangkat dan seksualiti. Kita Manusia Biasa. Manusia seharusnya melayan manusia lain sebagai manusia.

Tulisan ini Bukanlah Tulisan Untuk Membalas Dendam.

Terlebih dahulu aku memohon ampun dan maaf sekiranya tulisan ini menguris hati dan perasaan segelintir saudara seIslamku, rakan2 frontliner, ahli keluarga ku, ahli keluarga Frontliner atau siapa saja.

Aku memohon ampun dan maaf dari Hujung Rambut hingga ke Hujung Jari kaki.

Alhamdulillah Frontlinerku. Anda telah memberikan perkhidmatan yg terbaik kepada semua lapisan masyarakat Alhamdulillah. Semoga mendapat ganjaran yg berlipat ganda dari Allah swt.

Memikirkan Bahawa 

Allah adalah sebaik baik perancang, Allah pemberi kesembuhan.

Allah adalah sebaik baik memberi pertunjuk dan pertolongan.


Apabila Seorang Frontliner Berlelucuon. 

 "Ahh, korang HIV bukan Hidup Lama pun, x payah Vaksinlah".


Maka jemari gatal sangat ingin menulis. 

Kepada Mereka yg menghina dahulu, yg memberi pendapat kurang wajar dahulu, memberi perkhidmatan yg kurang wajar dahulu. 

Ini sedikit cetusan rasa.


Tahun1986 Bermula Penularan HIV di Malaysia dan 2019 Bermula Penularan Covid19

Sebahagian Antara Persamaan HIV & CoVID19

1. Agenda Yahudi

2. Stigma

3. Ketakutan

4. Pengurusan Jenazah

5. Pengasingan

6. Pengkebumian

7. Sodium Hypochlorite

8. Mulut2 Puaka

9. Penolakan Rawatan (Ubat/Vaksin)

10. Talkin

11. Penggunaan Alatan Perlindungan

12. Pengunaan Plastik dlm Pengurusan Jenazah

13. Kekurangan Ilmu

14. Kejatuhan Iman

15. Sokongan

16. Sekatan Bilangan Orang


Marilah sama2 kita Berdoa


A'uuzubillaahiminasyaitoonirrojiim

Bismillaahirrohmaanirrohiim

Allaahummaasolli'alaa Sayyidinaa Muhammad

Wa'alaa Ali Sayyidinaa Muhammad

Segala pujian bagi Mu Ya Allah Pemberi Rahmat. Engkaulah yang kami sembah dan Engkaulah yang kami mohon pertolongan Ya Allah. Engkaulah yang mentadbir dengan Kudrat dan Iradat. Kepada Engkau kami mengadu saat senang dan melarat. Kepada Engkau kami menadah tangan bila bicara tersekat.

Allahummaa Ya Allah! Melihat segala musibah dan penyakit yang merebak, ketakutan menyelubungi kami bila ia menjadi wabak. Tolonglah kami dalam menghadapi suasana yang terdesak ini, hilangkan segala keresahan yang memuncak.

Allahummaa Ya Allah! Kalau ada wabak dalam negeri dan negara kami, Engkau hancurkanlah!

Kalau ia dalam masyarakat kami, Engkau musnahkanlah!

Kalau ia dalam keluarga kami, Engkau hindarkanlah!

Kalau ia dalam diri kami, Engkau lontarkanlah Ya Allah!

Dengan nama Mu Tuhan yang bersifat Ar Rahman, hilangkanlah segala ketakutan dan kemudaratan sama ada di bumi, langit, daratan dan lautan. Engkau Pendengar doa segala permintaan hamba Mu dengan Rahmat Mu bertautan.

Ya Allah! Engkau jadikan kaum hawa di samping lelaki, Engkau jadikan kanan di samping kiri, Engkau jadikan air di samping api, Engkau jadikan keriuhan di samping sunyi.

Maka kurniakanlah bagi kami penawar yang mengubati. Dengan itu, Hasanah di dunia kami perolehi, kesejahteraan Hasanah Ukhrawi kami dapati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, angkatlah wabak COVID-19 ini daripada kami semuanya Ya Allah! Kurniakanlah kesembuhan kepada saudara-saudara kami, sahabat-sahabat kami yang kini di uji dengan wabak ini Ya Allah!

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah, kurniakanlah kekuatan dan ganjarilah KHUSUSNYA kepada para petugas barisan hadapan kami Ya Allah. Para doktor, jururawat-jururawat, barisan anggota keselamatan, muslimin & muslimat seluruh masyarakat semuanya Ya Allah.

Perkenankan doa kami Ya Allah

Perkenankan doa kami Ya Rahman

Perkenankan doa kami Ya Rahim

Perkenankan doa kami ini Ya Allah ......

Allahummaa Aamiin Aamiin Aamiin Ya Robbal'Alamiin


Semoga Allah angkat doa-doa kita. Inshaa Allah

#stayathome

#Allahjagakita

No comments:

Post a Comment